Saturday 28 December 2013

Himpunan Hadith Tentang Waktu Solat

Diceritakan Urwa:
Aishah R.A. memberitahu aku bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melakukan solat Asar bila sinaran matahari masih di dalam rumahnya (iaitu di awal waktu Asar).
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 1, Bil. 521 & 522]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 544]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 545]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 546]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 4, Buku 57, Bab 4, Bil. 3103]

Diceritakan Abu Hurairah R.A. dan Abdullah bin Umar R.A.:
Rasulullah S.A.W. berkata, "Jika sangat panas, lakukan solat Zuhur bila sudah sejuk (sedikit), kerana keterikan panas itu dari luapan api Neraka."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil. 533 & 534]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil. 536 & 537]

Diceritakan Abu Zar R.A.:
Muazin Nabi S.A.W. melaungkan azan untuk solat Zuhur tetapi Nabi S.A.W. berkata, "Biar lebih sejuk, biar lebih sejuk." Atau berkata, "Tunggu, tunggu, kerana keterikan panas itu dari luapan api Neraka. Bila cuaca panas terik, lakukan solat bila sudah sejuk (sedikit) dan nampak bayang-bayang anak bukit."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil. 535]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 10, Bil. 539]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 10, Bab 18, Bil. 629]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 4, Buku 59, Bab 10, Bil. 3258]

Diceritakan Abu Hurairah R.A.:
Nabi S.A.W. berkata, "Bila cuaca panas tangguhkan solat Zuhur sehingga sejuk (sedikit) kerana keterikan panas itu dari luapan api Neraka."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil. 536 & 537]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil 533 & 534]

Diceritakan Abu Said R.A.:
Bahawa Rasulullah S.A.W. berkata, "Lakukan solat Zuhur bila sudah sejuk (sedikit) kerana keterikan panas itu dari luapan api Neraka."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil. 538]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 4, Buku 59, Bab 10, Bil. 3259]

Diceritakan Abu Zar Al-Ghifari R.A.:
Kami bersama Nabi S.A.W. dalam satu perjalanan dan muazin hendak melaungkan azan solat Zuhur. Nabi S.A.W. berkata, "Biar lebih sejuk." Dia sekali lagi (selepas seketika) hendak melaungkan azan tetapi Nabi S.A.W. berkata kepadanya, "Biar lebih sejuk sehingga kita nampak bayang-bayang anak bukit." Nabi S.A.W menambah, "Keterikan panas itu dari luapan api Neraka, dan bila cuaca panas, lakukan solat (Zuhur) bila sudah sejuk."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 10, Bil. 539]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 9, Bil. 535]

Diceritakan Anas bin Malik R.A.:
Rasulullah S.A.W. keluar bila matahari menurun di tengah hari dan melakukan solat Zuhur. Dia kemudian berdiri di atas mimbar dan berkhutbah tentang Jam (hari kiamat) dan peristiwa besar serta perkara-perkara yang ada di situ. Dia kemudian berkata, "Sesiapa ingin bertanya kepada ku dia boleh bertanya dan aku akan jawab selama aku berada di tempatku. "Kebanyakan orang menangis dan Nabi S.A.W. berkata dengan berulang, "Bertanyalah kepadaku." Abdullah bin Hudhafa As-Sahmi berdiri dan berkata, "Siapa bapaku?" Nabi S.A.W. berkata, "Bapamu Hudhafa." Nabi S.A.W. berulang kali berkata, "Bertanyalah kepadaku." Kemudian Umar yang berlutut sebelumnya dan berkata, "Kami redha dengan Allah sebagai tuhan kami, Islam sebagai agama kami, dan Muhammad S.A.W. sebagai Nabi." Nabi S.A.W. kemudian terdiam dan berkata, "Syurga dan Neraka baru sahaja diperlihatkan di depanku di atas dinding ini dan aku tidak pernah melihat perkara yang lebih baik (dari Syurga) dan perkara yang lebih buruk (dari api Neraka)."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 11, Bil. 540]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 3, Bab 29, Bil. 93]

Diceritakan Abu Al-Minhal:
Abu Barza R.A. berkata, "Nabi S.A.W. pernah melakukan Fajar (solat di awal pagi) bila seseorang boleh mengenal pasti orang yang duduk dekat dengan nya (selepas solat), dan dia pernah membaca antara 60 hingga 100 ayat Al-Quran. Dia pernah melakukan solat Zuhur sebaik sahaja matahari menurun (di tengah hari) dan solat Asar pada masa apabila seorang lelaki pergi dan kembali dari tempat paling jauh di Al-Madina dan mendapati matahari masih panas. (Periwayat lupa apa yang telah diperkatakan tentang Maghrib). Dia tidak kisah menangguhkan solat Isyak hingga sepertiga malam atau tengah malam."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 11, Bil. 541]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 547]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 23, Bil. 568]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 39, Bil. 599]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 10, Bab 104, Bil. 771]

Diceritakan Ibn Abbas R.A.:
Nabi S.A.W. solat lapan rakaat untuk Zuhur dan Asar, dan tujuh rakaat untuk solat Maghrib dan Isyak di Al-Madina." Ayyub berkata, "Mungkin malam itu hujan." Anas berkata, "Mungkin."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 12, Bil. 543]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 18, Bil. 562]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 2, Buku 19, Bab 30, Bil. 1174]

Diceritakan Aishah R.A.:
Rasulullah S.A.W. pernah melakukan solat Asar bila sinaran matahari belum hilang dari kamarku.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 544]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 1, Bil. 521 & 522]

Diceritakan Aishah R.A.:
Rasulullah S.A.W. pernah melakukan solat Asar pada masa bila sinaran matahari masih di dalam kamarku dan belum nampak bayang-bayang lagi di dalamnya.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 545]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 1, Bil. 521 & 522]

Diceritakan Aishah R.A.:
Nabi S.A.W. pernah melakukan solat Asar pada masa bila sinaran matahari masih di dalam kamarku dan belum nampak bayang-bayang lagi di dalamnya.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 546]

Diceritakan Sayyar bin Salama:
Aku bersama dengan ayahku menemui Abu Barza Al-Aslami dan ayahku bertanya dengannya, "Bagaimana Rasulullah S.A.W. melakukan lima solat wajib berjemaah?" Abu Barza berkata, "Nabi S.A.W pernah melakukan solat Zuhur di mana kamu (sekalian) memanggilnya yang pertama, di tengah hari bila matahari baru sahaja menurun. Solat Asar pada masa bila selepas solat, seorang lelaki mungkin ke rumah terletak paling jauh di Al-Madina (dan sampai) bila matahari masih lagi panas. Aku terlupa tentang solat Maghrib. Nabi S.A.W. suka menangguhkan Isyak di mana kamu memanggilnya 'Al-Atama' dan tidak suka tidur sebelumnya dan bercakap sebelumnya. Selepas solat Fajar dia pernah berangkat ketika seorang lelaki dapat mengenal pasti siapa yang duduk di sebelahnya dan dia pernah membaca antara 60 hingga 100 ayat (dalam solat Fajar).
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 547]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 11, Bil. 541]

Diceritakan Anas bin Malik R.A.:
Kami pernah melakukan solat Asar dan selepas itu jika seseorang kebetulan pergi ke Suku Bani Amar bin Auf, dia akan mendapati mereka melakukan (solat) Asar.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 548]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 550]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 551]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 9, Buku 96, Bab 16, Bil. 7329]

Diceritakan Abu Bakar bin Uthman bin Sahl bin Hunaif:
Bahawa dia mendengar Abu Umama berkata: Kami melakukan solat Zuhur dengan Umar bin Abdul Aziz dan kemudian pergi ke Anas bin Malik dan mendapati dia melakukan solat Asar. Aku bertanya dengannya, "Wahai pakcik! Solat yang mana satu kamu lakukan?" Dia berkata, "Asar dan (pada masa) inilah solat Rasulullah S.A.W. di mana kami pernah lakukan dengannya."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 549]

Diceritakan Anas bin Malik R.A.:
Rasulullah S.A.W. pernah melakukan solat Asar pada masa bila matahari masih panas dan tinggi, dan jika seseorang pergi ke Al-Awali Al-Madina, dia akan sampai di sana bila matahari masih lagi tinggi. Ada Al-Awali Al-Madinah kira-kira empat batu atau begitu dari pekan.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 550]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 548]

Diceritakan Anas bin Malik R.A.:
Kami pernah melakukan solat Asar dan selepas itu jika seorang dari kami pergi ke Quba, dia akan sampai di sana ketika matahari masih tinggi.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 551]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 13, Bil. 548]

Diceritakan Abu Hurairah R.A.:
Rasulullah S.A.W. berkata, "Jika sesiapa dari kamu mendapat (atau boleh melakukan) satu rakaat solat Asar sebelum terbenam matahari, dia haruslah mrnyempurnakan solatnya."
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 17, Bil. 556]
lihat juga:
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 28, Bil. 579]
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 29, Bil. 580]

Diceritakan Rafi bin Khadij R.A.:
Kami pernah melakukan solat Maghrib dengan Nabi S.A.W. dan selepas habis solat, seorang dari kami mungkin berlalu pergi dan masih boleh melihat sejauh tempat di mana anak panah seseorang sampai bila dipanah dengan busur.
[Sahih Al-Bukhari, Jil. 1, Buku 9, Bab 18, Bil. 559]